
Program MINDEF / ATM
Kementerian Pertahanan sentiasa fokus dan memberi penekanan terhadap kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang merangkumi Pegawai, anggota, keluarga dan veteran ATM melalui pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif.
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
SSPA merupakan inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam seiring dengan aspirasi membangun Malaysia MADANI.
Program Work-Based Learning (WBL MINDEF)
Program WBL MINDEF adalah satu inisiatif berfokus yang bertujuan meningkatkan kelayakan akademik anggota melalui pengiktirafan kepakaran dan pengalaman kerjaya berikutan syarat-syarat perkhidmatan dalam ATM terutamanya bagi anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) menetapkan perkhidmatan maksimum secara amnya selama 21 tahun. Kesannya anggota LLP menghadapi cabaran yang besar dalam mendapatkan pekerjaan bagi meneruskan kelangsungan hidup setelah menamatkan perkhidmatan dalam lingkungan usia 40-an, meskipun memiliki kepakaran khusus namun tidak disetarafkan sebagai kelulusan akademik. Justeru, ATM menegaskan komitmen dalam melaksana WBL MINDEF sebagai langkah strategik meningkatkan kelayakan akademik anggota menerusi pemetaan kompetensi pengalaman kerjaya dengan menukarkan pengalaman ketenteraan kepada jam kredit akademik. Bagi tahun 2025, Program perintis WBL MINDEF ini melibatkan kerjasama antara ATM dan dua buah IPT iaitu UiTM dan UPNM yang merangkumi 8 Kursus terpilih. Seramai 460 anggota (8.1%) telah terpilih dari hampir 5700 anggota yang bakal bersara. Kesemua mereka akan menamatkan pengajian pada Dis 2025. Bagi pelaksanaan WBL MINDEF tahun 2026, pemetaan telah dilaksanakan dengan 10 IPT melibatkan 28 kursus bagi memenuhi keperluan kepakaran yang dimiliki oleh setiap anggota ATM yang bakal bersara. Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM 3 juta untuk program WBL Mindef bagi tahun 2025.
Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL)
RPEL adalah satu kaedah penilaian kepada anggota/veteran ATM untuk mendapat pengiktirafan berdasarkan kepada pengetahuan, kemahiran serta pengalaman semasa dalam perkhidmatan. Pengalaman mereka dipersijilkan dengan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Tujuan pelaksanaan RPEL selain meningkatkan tahap akademik anggota dan bakal pesara ATM, program ini turut mengiktiraf mereka sebagai tenaga mahir yang berkebolehpasaran tinggi setelah menamatkan perkhidmatan. Objektif RPEL adalah untuk memastikan Sumber Manusia- Anggota ATM yang berketerampilan, mempunyai pensijilan diperingkat DKM yang diiktiraf dan kesannya meminimumkan golongan veteran ATM (B40) dengan menjana peningkatan pendapatan melalui DKM dalam kerjaya kedua. Diperingkat ATM, PERHEBAT telah membantu dalam pelaksanaan pensijilan DKM kepada 4,696 anggota dan bakal pesara dari ketiga-tiga perkhidmatan sejak dari tahun 2017 hingga 2025.
Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT)
"Penyediaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) merupakan elemen penting dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga ATM sentiasa terpelihara".Melalui persidangan Dewan Rakyat pada 30 Julai 2025, YB Dato’ Seri Mohd Khaled Nordin (Menteri Pertahanan) menyatakan bahawa sebelum tahun 2023, peruntukan yang disalurkan bagi (RKAT) adalah tidak melebihi RM150 juta. Namun yang demikian, pada tahun 2023 kerajaan telah menambah peruntukan kepada RM236 juta. Manakala pada tahun 2024, kerajaan telah memperuntukkan RM400 juta untuk kerja-kerja senggaraan RKAT dan Blok Penginapan, termasuk blok penginapan untuk anggota bujang, wisma transit, dan kemudahan taman permainan dan riadah yang memberi manfaat secara langsung kepada warga ATM di 28,808 rumah dan 48 kem di seluruh negara. Seterusnya pada tahun 2025, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM426 juta untuk kerja-kerja senggaraan RKAT. Peningkatan ini telah menunjukkan bahawa penyelenggaraan RKAT adalah keutamaan dan diberi perhatian serius sejak bermulanya Kerajaan Madani bagi terus memperkasa dan menggandakan agenda Kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Program Ekonomi MADANI ATM
Program Ekonomi MADANI ATM merupakan inisiatif strategik Kementerian Pertahanan yang berfokus kepada Pembangunan sosioekonomi komuniti dalam kem tentera. Program ini berhasrat memperkukuh kemampanan serta kesejahteraan hidup wargapertahanan secara inklusif, khususnya dengan melibatkan komuniti keluarga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai sebahagian daripada ekosistem pertahanan negara. Kumpulan sasaran awal pelaksanaan program ialah para isteri anggota melalui Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT).
Program yang berteraskan projek ekonomi komuniti ini menggabungkan tiga (3) komponen utama, iaitu pemindahan ilmu daripada institusi pengajian tinggi, Latihan peningkatan kemahiran dalam penghasilan produk, dan penerapan amalan keusahawanan dalam kalangan peserta. Melalui pendekatan ini, program bukan Sahaja memupuk daya tahan ekonomi keluarga tentera, malah menyokong aspirasi Malaysia MADANI dalam memperluas peluang ekonomi rakyat secara menyeluruh. Kerajaan melalui Inisiatif Khas Belanjawan 2025 telah memperuntukkan sejumlah RM10 juta bagi pelaksanaan ProgramEkonomi MADANI ATM di seluruh negara.
Program Ekonomi MADANI ATM bagi tahun 2025 telah dilaksanakan secara berperingkat melalui dua fasa utama. Fasa pertama dilaksanakan sebagai projek rintis yang melibatkan 35 buah kem tentera di seluruh negara, dengan tumpuan kepada empat (4) projek iaitu penghasilan madu kelulut, penanaman cendawan tiram, penanaman cendawan secara pertanian bandar dan hidroponik pintar. Fasa kedua memfokuskan kepada usaha menambah baik projek di kem-kem sedia ada dan memperluaskan pelaksanaan inisiatif ini ke 25 kem baharu. Tiga (3) projek baharu yang diperkenalkan iaitu oenternakan ikan talapia akuaponik dan produk retort, penanaman sayuran secara fertigasi dan penanaman Halia Bentong.
Secara keseluruhan sebanyak 96 projek ekonomi di bawah Program Ekonomi MADANI ATM sedang dilaksanakan. Program ini telah memberi manfaat langsung kepada 1,265 orang ahli BAKAT dengan potensi pendapatan kasar antara RM900 hingga RM2,300 sebulan, bergantung kepada jenis projek dan skala penglibatan.
Program Kemahiran Keluaga Tentera (K2T)
Program ini menyediakan peluang bagi golongan isteri dan anak-anak lepasan SPM mengikuti kursus pendek dan bimbingan di Kolej Komuniti berhampiran. Kursus-kursus ini ditanggung sepenuhnya oleh kementerian bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran peserta.
Sekolah Angkat MADNI
Program Sekolah Angkat Madani dilancarkan oleh YB Perdana Menteri bertujuan untuk menyeru Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan sektor swasta bagi memainkan peranan bagi memacu pembangunan komuniti melalui program CSR di sekolah-sekolah yang terlibat. LTAT bersama 14 Syarikat Kumpulan menyokong inisiatif ini dengan menjadikan 38 SDK ATM sebagai Sekolah Angkat Madani dengan menyalurkan peruntukan bagi melaksanakan program-program yang di rancang oleh SDK ATM.
Sekolah Dalam Kem
Sekolah Dalam Kem (SDK) ATM merupakan kemudahan satu pendidikan kepada anak-anak ATM dan penduduk sekitar kem tentera bagi mendapatkan pendidikan. Sehingga kini terdapat 38 SDK ATM yang terdiri daripada sebuah MRSM, 4 buah sekolah menengah dan 33 buah sekolah rendah seluruh Malaysia. ATM bertanggungjawab dalam menyelenggara bangunan-bangunan sekolah manakala Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab dalam pentadbiran SDK ATM.
E-Perkasa
Program e-Perkasa SPM merupakan inisiatif Yayasan LTAT dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menyediakan tuisyen secara dalam talian bagi meningkatkan pencapaian akademik anak-anak ATM. Program ini terbuka kepada anak-anak ATM tingkatan 5 yang bersekolah di sekolah harian.
MyWira
ProWIRA- Penjenamaan semula Program Protege ATM iaitu Program Penempatan Veteran ATM di Industri Pertahanan yang diselaraskan oleh Bahagian Industri Pertahananan MINDEF.
Kolaborasi ATM & Talentcorp
Kolaborasi ATM dan TalentCorpProgram Transisi Kerjaya Kedua Bakal Pesara dan Veteran ATM dengan Pemadanan berdasarkan keperluan industri melalui Inisiatif Veteran MyWira.
Hubungi Kami
Lokasi
15, Jln Padang Tembak, Kementah,
50634 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Malaysia
Create Your Own Website With Webador